"Hanya satu yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, serta mendirikan sembahyang, menunaikan zakat dan tidak takut ( kepada sesiapapun ) selain kepada Allah. Maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk ke dalam golongan orang-orang yang mendapat petunjuk" (at-Taubah-18).

SUMBANGAN DERMA IHYA' RAMADHAN

Tuan/puan yang ingin menyalurkan derma bagi menjayakan program Ihya’ ramadhan dan aktiviti masjid boleh menyumbang melalui:-

Sumbangan menggunakan cek / wang pos hendaklah ditulis atas nama :

“MASJID AS-SALAM BANGGOL”

Sumbangan terus ke akaun Masjid As-Salam Banggol No Account:

BIMB - 03018010149574

Kembalikan borang sumbangan ke alamat seperti di bawah :

PENYELARAS PROGRAM IHYA' RAMADHAN,

MASJID AS-SALAM BANGGOL KUBUR KAMPUNG PADANG SALIM 16090 KOTA BHARU KELANTAN.

Wednesday, 3 August 2011

CERAMAH PERDANA MARHABAN YA RAMADHAN !!!

Ramadhan, bulan mulia yang dirindui oleh hati beriman, hati yang lalai dengan keenakan mengeluh ' alah, puasa lagi tahun nih'. Ramadhan sebagai pesta ibadah bagi orang mukmin. Al-Mubarak, bulan keberkatan dengan limpahan rahmat dan keampunan oleh ALLAH bagi hambaNYA yang bertaqwa.

Dalam kesempatan ini, pihak pengurusan Majid As-Salam tidak melepaskan peluang untuk menyemarakkan lagi bulan keampunan ini agar dirasai ruh Ramadhan oleh ahli qaryah kampung Padang Salim.

Dalam program Ihya' Ramadhan sudah bermula sebelum tibanya 1 Ramadhan lagi. Satu kuliah perdana telah dianjurkan sebagai memenuhi persiapan ruh dan jiwa akan kehadiran bulan Al-Quran ini. KUliah telah diadakan pada hari Rabu bertarikh 27 Julai 2011 bersamaan 25 Syaaban 1432H.

Kuliah Perdana bertajuk " Ramadhan Penjana Kecemerlangan Ummah” telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Saharudin Al-Yamani. Antara intipati yang telah disampaikan oleh Al-fadhil:

  • Perbezaan antara percaya dan yakin terhadap anugerah & kelebihan di Bulan Ramadhan
  • Manusia mudah lalai sebaik sahaja tibanya 1 Syawal dengan bukti solat Zohor berjemaah di masjid-masjid sudah menjadi kosong.
  • Lesen Taqwa akan diberikan oleh ALLAH bagi hamba-hambanya yang benar melakukan perubahan diri sepanjang bulan Ramadhan.
  • Ramadhan bulan ibadat, tingkatkan amalan dalam bulan ini agar menjadi batu loncatan kearah lebih bertaqwa selepas tamatnya bulan tarbiah Ramadhan Al-Mubarak.







 

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international voip calls